Thursday, June 8, 2017

Buku Tafsir Al Qurthubi 20 Jilid

Ta’liq: Muhammad Ibrahim Al Hifnawi, Takhrij: Mahmud Hamid Utsman
Penerbit: Pustaka Azzam
Ukuran: 17 x 24 cm
Cover dan berat: Hard, 27kg
Resensi:
Satu lagi hasil khazanah ulama generasi awal ahli sunnah wal-Jama’ah dalam bidang tafsir al-Qur’an. Menghimpunkan tafsiran ayat-ayat al-Qur’an di atas manhajnya. Suatu khazanah yang wajar ditela’ah oleh para penunutut ilmu dan pengkaji. Serta sangat wajar dijadikan sebagai rujukan dan panduan memahami al-Qur’an. Imam al-Qurthubi adalah ulama pada era tahun 600 hijrah.
Di antara kitab tafsir yang methode perbahasannya turut bertunjangkan kepada kaedah-kaedah dan kajian fiqh adalah kitab tafsir karya Imam al-Qurthubi rahimahullah yang berjudul al-Jami li Ahkam al-Quran ini. Kitab ini adalah sebuah ensiklopedia tafsir yang sangat berharga. Kitab tafsir ini membawa perbahasan yang mencakupi pelbagai pendapat mazhab fiqh dalam menafsirkan ayat-ayat berkaitan hukum. Walaupun demikian, fokus beliau terhadap aspek-aspek qira’at, i’rob, masalah-masalah yang berkaitan dengan Nasikh dan Mansukh juga amat diberi perhatian.
Imam adz-Dzahabi rahimahullah berkata, “Imam al-Qurthubi adalah seorang imam yang memiliki ilmu yang luas lagi mendalam, beliau memiliki karya tulis yang banyak yang menunjukkan keluasan ilmunya.
Harga: Rp 4.725.000
SMS  : 085725075823

No comments:

Post a Comment